Wednesday 24 July 2013

Biskut Snow Almond

Assalamua'alaikum & hai. Hari ni puasa macam mana? Okay tak?
Tadi aku dengan mama buat biskut raya. Ada satu jenis biskut ni menarik perhatian aku nak buat, aku tak tahu pun biskut apa tapi main buat je(takde nama dekat resepi). Masa tengah buat itu mama cakap yang nama biskut ni biskut snow almond. Aku selalu dengar biskut almond london je. Tapi kali ni name dia snow almond sebab lepas celup biskut itu dengan coklat kita golekkan plak dalam breadcrumb. Sebab tulah nama dia Snow Almond Biscuit. Okay taknak buang masa korang baca benda entah pape yang aku tulis dekat atas so, aku nak kongsi resepi biskut ni dengan korang.



Bahan A
  • 260 gram butter
  • 150 gram gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50 gram serbuk badam


Bahan B
  • 300 gram tepung Red Rose tapi kalau guna tepung gandum pun boleh
  • 50 gram tepung kastard
  • 50 gram susu tepung
  • 40 gram tepung jagung

Bahan Hiasan
  • Coklat masakan
  • Sedikit serbuk roti putih

Cara - cara
  1. Satukan bahan A di dalam bekas menguli dan satukan pula bahan B di dalam bekas yang lain.
  2. Pukul bahan A sehingga berkrim.
  3. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canai dan terap dengan menggunakan acuan yang korang suka.
  5. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan biskut di atas redai.
  7. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan teknik double boiler.
  8. Celupkan biskut ke dalam coklat yang sudah dicairkan.
  9. Selepas dicelupkan ke dalam coklat, golekkan biskut ke dalam serbuk roti.
  10. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

SIAP!!!

Sekian terima kasih.
kalau ada sebarang komen atau pendapat silalah komen ye. hehe






Tuesday 23 July 2013

Daisy's Babies

Assalamua'alaikum & hello. and selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang berada di seluruh dunia. Tak kisahlah korang sibuk macam mana pun, tapi jangan sesekali korang berani nak tinggal puasa okay? 

Aku nak kongsi sikit cerita hari ni. Benda ni sepatutnya aku kongsi dengan korang sebulan yang lepas, tapi disebabkan waktu tidak menyebelahi aku so, aku kongsi sekarang. Aku nak bagitahu yang Daisy dah jadi ibu kepada 2ekor anaknya!!! hehe aku ter-over excitedlah pulak. Yelah aku excited pun sebab ni pertama kali aku dapat tengok macam mana kucing beranak & ni pertama kali aku dapat jaga anak kucing. Selama ni kucing yang aku jaga pun, semua dah besar-besar. 

Saya anak bongsu. Nama saya Brownie & Iam a girl



Hai!! Saya anak kedua. Nama saya Brown & Iam a boy.

Sebenarnya anak Daisy 5ekor, tapi 3ekor mati. Yang pertama lahir tak cukup bulan(awal seminggu), yang ketiga macam tak cukup sifat & yang keempat plak cukup semua sifat dan saiz pun cukup besar tapi tak dapat hidup lama.

Aku ada lagi satu benda nak kasi tahu korang & bendanya plak benda yang ada kaitan dengan apa aku tulis sebelum ni, iaitu mengenai kurap. Untuk Pengetahuan korang sebelum beranak Daisy telah disahkan oleh doktor pakar kulit dAnimal Medical Center yang Daisy ada KURAP!!! 
Seminggu before disahkan oleh doktor aku memang dah tahu pun yang Daisy ada kurap & aku just cubalah letak minyak gamat kat tempat yang berkenaan & kurap tu makin lama, makin hitam. Lepas jumpa doktor tu baru aku tahu kalau makim lama, makin hitam maknanya kurap tu dah makin teruk. Doktor cakap kalau biarkan lama-lama nanti kucing boleh mendapat penyakit yang lebih kronik. So, doktor bagi 2 jenis shampoo & sejenis ubah demam untuk Daisylah takkan untuk aku plakkan? hehe Selepas 2 minggu menggunakan shampoo tu Daisy disahkan oleh pakar yang Daisy sudah bebas kurap. YEAHHH!!!

Ni 2 jenis shampoo yang Daisy dapat

Tips kalau kucing korang ada masalah kulit >>> korang tengok hidung kucing korang tu, kalau berkilat (bahagian atas hidung) or kering (bahagian depan hidung) maknanya kucing korang ada masalah kulit or any masalah kesihatan. So, kalau ada yang macam tu cepat-cepatlah korang bawak pergi jumpa dengan doktor.


Okaylah aku nak kongsi ni je dengan korang & selamat menjalankan ibadat puasa.
Sekian 
PEACE NO WAR