Tuesday 16 April 2013

Cara Merawat Kurap

Assalamua'alaikum & Hello.... Kalau korang nak tahu kurap ni memang femouslah kalau korang nak tahu. Kurap ni kebanyakkannya adalah masalah biasa kepada haiwan berbulu seperti kucing. Kurap terhasil daripada fungus or hama. Korang akan buat apa kalau kucing korang ada masalah ni? Hantar klinik haiwan? tu dah semistinya semua orang tahu. Yang orang tak tahu ialah rawatan alternatif untuk masalah ni. Terdapat banyak kaedah rawatan untuk kucing korang yang cute tu.

Sebelum korang teruskan bacaan, saya nak bagi peringatan tau, sebab petua dekat bawah ni hasil pembacaan & matlumat daripada kawan2 saya tau. So, segala risiko di bawah tanggungan sendiri. 

Cara pertama - Minyak Goreng Ikan
Korang sapukan minyak yang telah digunakan untuk mengoreng ikan di tempat yg terkena kurap tu.  Jangan korang sapu minyak yg tengah panas tu pulak sudah.

Cara kedua - Minyak Gamat
Minyak gamat memang banyak khasiat untuk manusia. Tapi tak tahulah pulak boleh guna untuk kucing. Cara ni dapat dari Papa Hero.

Cara ketiga - Minyak Hitam Terpakai
Cara ni saya dapat dari KucenMaster. Tak sampai hati pulak nak sapu minyak hitam dekat kucing. Nanti kotor. Tapi kalau korang nk try boleh je :)

Cara keempat - Baygon or Ridsect
Menggunakan penyembur racun serangga jenis air seperti Baygon or Ridsect. Dengar khabarnya penggunaan penyembur racun serangga ni amat mujarab. Tapi kalau ada kesan sampingan tak tahulah pulak.

Pada saya, saya lebih percayakan ubat ubatan moden. dekat rumah saya takde stanby ubat anti fungus pun. Ubat kutu adalah. Tapi kalau Daisy ada kurap terus bawak je pergi jumpa vet kan senang.. 

Nilah ubat kutu yang saya guna untuk Daisy :)

with love & care from me Nazifah Hashim
Goodnight everybody :)

Ikan Goreng BUKAN Makanan Kucing!!!

Assalamua'alaikum & Hello.. hari ni saya nak kongsi pasal pemakanan kucing. Saya nak cerita kisah masa saya bela Abu Bakar & Jasmine. Time tu saya nk bagi makan dekat dua ekor kucing tu & saya amiklah ikan goreng dekat atas meja, seekor je nak gaul dengan nasi + kicap macam biasa yang selalu saya buat untuk diorang. Baru saya nak buang tulang ikan tu, tiba2 papa saya tepuk tangan saya, papa cakap "jangan sekali- kali bagi Abu & Ameen makan ikan goreng."
Saya jawab "Eik, bukan papa selalu buat macam ni ke?"
Pastu papa cakap " Tadi papa baca pasal keburukan ikan goreng kepada bulu kucing. Ia boleh menyebabkan bulu kucing tu gugur. So, mulai hari ni Abu & Ameen hanya boleh makan Friskies je tau. No more goreng2"

Abu Bakar & Jasmine Time muda2 hehe...

Start hari tu Abu & Ameen dah tak makan ikan goreng or makanan yg kitorg makan dan bulu diorang dah makin kurang gugur. Time kitorang bagi Abu & Ameen dekat orang lain, bulu diorang dah tak gugur dah & cantik berkilat lagi. Tapi sekarang dengan tuan baru kitorang tak tahu macam mana condition dua ekor tu. Sedih tau masa nak bagi dua ekor ni dekat kawan papa. Ni semua sebab kakak saya yang konon2 allergic to cat lah macam2 lah. Tapi takpelah saya redha & dapat tahu yang Ameen dah lahirkan 4 ekor anak Abu. Semua sihat2. Mesti cute macam diorang jugak. :)


Thursday 11 April 2013

Kucingku Daisy

Assalamua'alaikum & Hai.. Saya nak kongsi cerita tentang kucing saya yang kena selesema. Sejak dua tiga hari ni dah banyak kali Daisy bersin. Bulu dia yang hitam makin banyak gugur & penuh dalam sangkar, tu yang buatkan saya risau. Daisy mana pernah bulu dia gugur, tak pernah walau sehelai pun. Doktor ada cakap kalau kucing sakit, bulu dia mesti gugur. Kesian Daisy kita tau. Kelakar betul bunyi dia bersin, macam manusia pulak. Papa ada beli ubat dekat Klinik Veterinar Muezza tapi tak kurang pun selesema dia.

Pagi nilah yang paling teruk sekali saya tengok dia, sebab dia punya hidung dah tersumbat. Mama cakap kena bawak Daisy pergi klinik. Tapi klinik yang biasa kitorang bawak Daisy tak bukak lagi time tu. So, kitorang bawak Daisy pergi Animal Medical Center . Selepas membuat pendaftar Daisy, saya tunggu dalam 10 minit, doktor panggil and dia check Daisy. Doktor cakap Daisy tak demam tapi dia selesema and mata dia bengkak + berair. Kemungkinan dalam 7-10 hari baru boleh sembuh. Doktor dekat sana memang elok. Lepas dah ambil 4 jenis ubat. Doktor bagi 2 tablet, 1 ubat mata & 1 ubat ulser. Kenapa doktor bagi ubat tablet? Tak suka. Daisy Tak suka. kalau korang nak tahu, Daisy amatlah susah nak bagi makan ubat tablet sampai sanggup mencakar tuannya sendiri huhuhu :(  Lepas dah amik ubat, kitorang uruskan bayaran pulak. Yang pasal bayaran ni tak mampu den nak nolong Mama den membayonye hehehe... bayaran keseluruhan ialah RM 348.00 sahaja. SANGAT murahkan? Tapi takpe untuk Daisy kesayangan aku sanggup bayar berapa pun, tak kisah langsung sebab yang bayar pun parent kan. Tak kisah pun berapa hehehe... 
Daisy My Baby Luv U Always 

Sekarang dah ada dekat rumah dia bukan main senyap lagi. tadi dekat dalam kereta punyalah bising. Daisy sakit tapi nampak macam tak sakit je. Kejap lari sana, kejap lari sini pening kepala saya yang menengoknya.






Saturday 6 April 2013

Paperman

Assalammua'alaikum semua. Apa khabar? Sihat ke tak? Kalau tak Insya-Allah dalam masa terdekat ni sihatlah tu.

Okay kali ni saya nak kongsi benda yang takde kaitan dengan kucing pun. Memang takde kena mengena pun. Tapi benda yang saya nak kongsi ialah cerita pendek yg menang anugerah Oscar bagi Best Animated Short Film.

Korang dah tengok short film daripada Disney Animation tu? Kalau belum korang kena tengok. Kalau dah tengok... syyy senyap je :P

Best, romantik & character diorang memang cute sangat.

Trailer Paperman korang tengok video dekat bawah ni :)



Full Short Film pulak korang just klik link dekat bawah ni :)
http://www.dailymotion.com/video/xx5d23_paperman-full-animated-short-film-vo-hd_shortfilms

Harap korang suka cerita pendek ni & happy selalu... 
Sekiah Terima Kasih.