Thursday, 11 April 2013

Kucingku Daisy

Assalamua'alaikum & Hai.. Saya nak kongsi cerita tentang kucing saya yang kena selesema. Sejak dua tiga hari ni dah banyak kali Daisy bersin. Bulu dia yang hitam makin banyak gugur & penuh dalam sangkar, tu yang buatkan saya risau. Daisy mana pernah bulu dia gugur, tak pernah walau sehelai pun. Doktor ada cakap kalau kucing sakit, bulu dia mesti gugur. Kesian Daisy kita tau. Kelakar betul bunyi dia bersin, macam manusia pulak. Papa ada beli ubat dekat Klinik Veterinar Muezza tapi tak kurang pun selesema dia.

Pagi nilah yang paling teruk sekali saya tengok dia, sebab dia punya hidung dah tersumbat. Mama cakap kena bawak Daisy pergi klinik. Tapi klinik yang biasa kitorang bawak Daisy tak bukak lagi time tu. So, kitorang bawak Daisy pergi Animal Medical Center . Selepas membuat pendaftar Daisy, saya tunggu dalam 10 minit, doktor panggil and dia check Daisy. Doktor cakap Daisy tak demam tapi dia selesema and mata dia bengkak + berair. Kemungkinan dalam 7-10 hari baru boleh sembuh. Doktor dekat sana memang elok. Lepas dah ambil 4 jenis ubat. Doktor bagi 2 tablet, 1 ubat mata & 1 ubat ulser. Kenapa doktor bagi ubat tablet? Tak suka. Daisy Tak suka. kalau korang nak tahu, Daisy amatlah susah nak bagi makan ubat tablet sampai sanggup mencakar tuannya sendiri huhuhu :(  Lepas dah amik ubat, kitorang uruskan bayaran pulak. Yang pasal bayaran ni tak mampu den nak nolong Mama den membayonye hehehe... bayaran keseluruhan ialah RM 348.00 sahaja. SANGAT murahkan? Tapi takpe untuk Daisy kesayangan aku sanggup bayar berapa pun, tak kisah langsung sebab yang bayar pun parent kan. Tak kisah pun berapa hehehe... 
Daisy My Baby Luv U Always 

Sekarang dah ada dekat rumah dia bukan main senyap lagi. tadi dekat dalam kereta punyalah bising. Daisy sakit tapi nampak macam tak sakit je. Kejap lari sana, kejap lari sini pening kepala saya yang menengoknya.






No comments:

Post a Comment