Sunday 21 December 2014

Anak Harapan Keluarga

Kau ingat jadi anak harapan adalah satu kelebihan?
Bagi aku ia satu penyeksaan.
Kau ingat disanjung keluarga itu satu kegembiraan?
Bagi aku ia satu kesedihan.

Sedangkan adik beradik yang lain dapat hidup bebas tanpa paksaan atau diletakkan harapan yang tinggi.
Sedangkan aku dipaksa dan diharap agar tidak memalukan nama keluarga.

Kenapa?
Kenapa aku yang harus membawa seksaan ini?
Kerana kakak aku sudah berkahwin?
Kerana adik aku tidak mempunyai harapan untuk dididik?

Mama cakap aku budak pandai. Jangan kisah atau fikir fasal benda lain.
Papa pula selalu cakap apa yang terlintas dalam otak aku semua tak penting. Yang penting nama keluarga.

Kalau orang lain tanya apa impian aku, aku akan jawab aku hanya ingin bebas dan bahagia.
Aku tidak ingin rasa seksa begini.
Setiap hari aku bangun dengan rasa seperti ada bebanan di atas bahu. It's pretty hurt you know.

Aku cuba untuk membaiki sesuatu tetapi ianya tidak boleh dilihat iaitu jiwa aku yang terluka.
Kadangkala ketika aku sedang baring di katil dan terfikir, adakah aku puas hati dengan diri aku sendiri? Aku sendiri tak tahu.

No comments:

Post a Comment